Monday, June 29, 2009
Karangan Terbaik UPSR 2007
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan
air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu
saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan
sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu, barulah saya
bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana
pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak
sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari
arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit ”Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut
emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami
mengejarnya. Diapun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan
cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan
dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan
lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu
bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri
itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu
lori.
Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia...lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultrman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula
lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.
Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tapi emak saya masih marah.
Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu
dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit ”Adoi...!” dan jatuh
ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia
balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.
Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri
itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang
telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu
dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga—peniaga berhampiran
yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emaik
saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja
sampai d rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang
pernah saya lihat sebelum saya mati.
Moral of the story:-
Jangan biarkan cerita2 kartun mempengaruhi minda anak2 kita sehingga
mereka tidak dapat membezakan yang mana satu dunia realiti dan fantasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
siapakah penulis cerita yg begitu sadis ini??
wujudkah orgnya?
:)
haha.. pasti nya, anda tidak perlu muskil kerana anda pn begitu sebenar nya.. akakaka..
Post a Comment