Monday, March 2, 2009

HATI DAN PERASAAN


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang
betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan
hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan
tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu
yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita
punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan
anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan
seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana
yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang
ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang
cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup
untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang
terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka
yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia
yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar
dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah
dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga
anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah
yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Wallahu A'lam

2 comments:

Fiera Kittenz said...

aku cinta kamu..eii bkn ko..hahaha

izzat said...

hahaha... pa la ko nih' sekeh kan bru tau.... makcik berbaju kurung.. uhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...