Monday, March 30, 2009

Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan Yang Ke-59

31 Mac 2009


Terkenang kembali,
rupa2 nya dah 2 tahun aku tak menikmati keindahan di waktu hari keputeraan al-sultan kelantan. ermm... apa yang best sangat time 2? hehehe.. kalau rakyat kelantan pasti tahu, seminggu sebelum hari keputeraan lampu2 jalan yang biasanya tertup (tak termasuk lampu jalan) dibuka untuk menyambut hari keputeraan, pendek kata cam pesta cahaya la... kota bharu diterangi oleh lampu2 dan pintu2 garbang yg tersegan indah, pada masa 2 ramai la org yang keluar tuk melihat lampu2 yang beraneka tersebut. pasal jalan raya tak usah ckp la, semestinya sesak, pendek kata rakyat2 kelantan yang tinggal di selurul pelusuk negeri tidak melepaskan peluang menyaksikannya. pertunjukan bunga api pn ada ugak, cam biasala.. tp yang lain ialah bunga api di tembak sebanyak mana umur al-sultan. sbg contoh: kalau umur dia 6 tahun 6 kali je la, tapi kalau 126 tahun mesti la 126 kali la kot. hehehe.....

Teringat masa kecik2 dulu, bapak saudara aku yang selalu bawa kami keluar tuk meliat lampu2, sambil2 2 bilang pintu garbang yang ada, pas 2 bandingkan yang mana cantik yang mana lawa, pas 2 chup! yang 2 aku punya, kau cari yg lain. hehehe.. biasa la, budak2.. tp skg da tak ley dah, dia pn dah ada ank isteri, tp kadang2 bley gak bila dia dah blagak bujang' akakaka....

Bila dah besa skit, dah pandai kluar sendiri dah, ngan kawan2. hehehe.... ye la.. tak kan nk ikut mak ayah lagikan, bg adik2 suda. ;p biasanya kita org nek moto, untuk mengelakkan kesesakan lalulintas, (konon2nya) lepas penat makan angin, biasanya kita org akn lepak kat dpn istana, atau dekat SUK. (err.. tetiba windu kekawan kt kg plak.. isk3... ) dekat situ menjadi tumpuan kerana lampu2nya yang cukup cantik dan kreatif di hias. nk tunjuk gambar pn tak mampu, masa 2 mana la mampu nk beli hp ada kemra atau kamera digital. akakaka.... nnt la kalau ada kesempatan pasti ku tunjuk pasti ku buktikan. ;p









Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah pribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

Wednesday, March 25, 2009

izzatmohd -

betemu kembali setelah lama menyepi, ermm.... apa yg ak dapat pas p langkawi? hehehe.. cukup derita, tp tu la.... bersyukur nyawa masih panjg... apa2 pn tima kasih kawan2 ku kerna sudi menjenguk ak yang dalam kenazaban. isk3,... arap2 tak jadi lagi. mintak jauh...



Friday, March 6, 2009

Pulau Langkawi

ari ni jumaat.... aku betolak ke langkawi...
senin ni baru balik...
uhuhuu...
sori ya suma....
jumpa kamu org nnt...
jgn jeles.. ;p
akakakaka

doakan pejalanan ku slamat senentiasa hendaknya....
^_^

mish u all.... ;p
chale'
iyat nai
jumaat
06/03/08
5:19 am
M01 7-20
pagi yang gelap...

Thursday, March 5, 2009

Tok Mahat

Bermimpikah aku?
Tidak...
apa yang aku dengar tadi adalah kenyataan belaka,
betulkah tengku Fatimah jujur dalam berkata-kata
atau menyenda aku semata,
tidak mungkin aku yang tua gamak di senda
tapi kalau betul katanya,
usaha aku selama ini tidak sia-sia
tidak ku sangka rupa sebegini
masih terpikat puteri jelita
akan ku jumpa ayahda dan bondanya
untuk menyatakan hasrat hati yang terpendam lama
bila aku jadi menantu mereka,
banyak istimewa yang ada,
banyak kuasa pula di tanga aku
untuk bermaharajalela...


hahahahahaa... itulah skrip aku tuk kelas lakonan (minor) yang di prisentkan tadi di panggung sasaran usm (rabu, 4/3/09 jam 8.30pm), walaupun cara persembahan yang agak teruk, tapi ok la.. aku ingat gak skrip.. hehehe... pertama kali 2.. bedebar giler tas pentas.... tuk masa-masa yang mendatang aku kan berusaha lagi' akakaka.... yoyo ow ja ko nih jat. entah lah, tapi kira chatek la skit... dari kontrol ayu ambik minor klas saiko or catan, akakaka.. jgn terasa ya.. ^_^ papehal pom gud lak tuk ijat... hehehe.....

Tuesday, March 3, 2009

Cerita Pendek


Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:


Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?


Suami :Kenapa?

Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja,

suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan
berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka.
Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'


Erkk....... apa kata anda? hehehe...,

Monday, March 2, 2009

HATI DAN PERASAAN


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang
betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan
hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan
tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu
yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita
punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan
anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan
seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana
yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang
ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang
cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup
untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang
terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka
yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia
yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar
dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah
dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga
anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah
yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Wallahu A'lam

Sunday, March 1, 2009

Cerita 2


Suami kedekut


Sepasang suami isteri, dah lama kahwin. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin,Taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran
udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan.Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami "Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu."Uuiishh. .mahalnya, tak jadi la saya nak naik"jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ.

baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100.

Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula. "Encik, berapa yang encik sanggup bayar?" "Aku cuma nak bayar bawah RM30 jer"jawab si suami.Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat" Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer

"tapi apa syaratnya" "semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot td sambil tersenyum.

"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya. Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.


Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer.

Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu. "Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi" "Hahh apasal tak cakap" "Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Moral: Carilah suami yang mengasihi isterinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...