Saturday, April 18, 2009

sakit jiwa a.k.a jiwa kacau

Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. Kerjanya tiap-tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur.

Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a halim, L ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah malam.

Si warden penjaga hospital ni, rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap"

Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A,
meniarap tu side B la bodoh!

kua..kua..kua..!

Friday, April 17, 2009

Ayam


ALKISAH di sebuah ladang ternakan ayam... kelihatan seekor ayam
jantan yg tua duduk termenung... .masih terngiang-ngiang di
telinganya perbualan tuannya utk membeli ayam jantan yg masih
muda... apa tidaknya ..di kawasan yg
mempunyai 25 ekor ayam betina itu... hanya dirinya sja yg jantan dan
diharapkan untuk memastikan ayam betina yg lain mampu bertelur...
sedangkan dirinya sudah semakin tua... .mana la larat kan...

satu hari seekor ayam jantan yg muda mula berada disitu... pastinya
dibeli oleh tuannya... si ayam muda begitu angkuh membawa ayam2
betina di hadapan si ayam tua... ayam tua hanya mampu menahan
marah... tersenyum sinis... .

dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yg pernah hadir di
kawasan itu... namun kerana kepintarannyalah dia berjaya mengusir
semua ayam2 jantan yg lain...

apa kata kalau kau beri aku 10 ekor ayam betina... kau ambillah lagi
15 ekor... kata ayam tua...

mana boleh... kau tu dah tua... bagila can kat aku yg muda ni...
kata ayam muda dengan angkuh...

lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan diadakan dan
pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yg ada... si ayam muda
bersetuju...

meminta supaya dia dibenarkan berlari dahulu kerana dirinya sudah
tua... ayam muda bersetuju... ayam tua mula berlari... nun dihujung
sana ayam muda mula mengejar... semakin hampir... .

dan tiba2... DUM... tuannya menembak si ayam muda... dengan kesal
mulutnya membebel... . AKU X TAU KENAPA SEMUA AYAM JANTAN MUDA YG
AKU BELI NI GAY... TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... .DAH LA TU...
NGAN AYAM TUA PUN DIA LAYAN JUGAK!!!

.. ayam tua tersenyum kemenangan... ."

MORAL OF THE STORY : apa yg dapat korang bagi?


Thursday, April 16, 2009

Ebith Beat A feat. Nunu - Cahaya Hidupku


kemarin aku melupakanmu
kemarin aku tak ingat kamu
namun engkau tersenyum
sucinya cintamu


dan kini sampai akhir hidupku
ku mohon jgn tinggalkan aku
selalu dekat dengamu
engkaulah segalanya

rasa sesal tak pernah datang di awal ketika,
ketika mata rasa dan kata sudah tak berguna

teringat satu masa ketika aku terlupa
terlupa akan cinta yg ada di dalam dada
ku terpesona dng wanita berbeda
terpikat dng sinar cahaya berbeda
wanita lain yg belum tentu setia
cahaya yg tidak akan bersinar lama

tidak seperti sinarmu engkau wanita pujaan hatiku
malu ku mengakui kesalahanku padamu
jujur hati ini tak bisa tidur
ku siapkan waktu berdua denganmu
saat dimana tak bisa kuganti dng hatiku
cinta yg tlah kau beri tak dapat terganti
hanya dng untaian kata maaf dari hati ini
kau cahaya hidupku

aku adalah lelaki yg akan dibenci
ketika ku sakiti hati wanita yg mengasihi
dia beri hati kubalas dng dusta
dia beri cinta kubalas dng luka
aku terpesona dng wanita berbeda
terpikat dng sinar cahaya berbeda
wanita lain yg belum tentu setia
cahaya yg tidak akan bersinar lama

tidak seperti sinarmu engkau wanita pujaan hatiku
malu ku mengakui kesalahanku padamu
jujur hati ini tak bisa tidur
ku siapkan waktu berdua denganmu
saat dimana tak bisa kuganti dng hatiku
cinta yg tlah kau beri tak dapat terganti
hanya dng untaian kata maaf dari hati ini
kau cahaya hidupku

Tuesday, April 14, 2009

Di alam Maya

Geng2 new media berkampung di kefe indah kembara tuk menyiapkan 3D maya. isk3.. penat2... walau pn penat, tapi tak jugak siap2,.. uhuhuhu... apa la nasib, mintak maap pn ju. kami murid yang nakal, harap di maap kan. nnt jam 11 mau p mengadap pn. ju tuk mengambil buku log tuk latihan industri. pa nk cakap kat pn ju bisuk ni.. isk3.... entah bangun ke tidak, masa ni pn tak tido lagi, ermm... apa2 hal pn kita pekena nasik lemak khalel dulu.. choww....

*tuk besprem ku, ku mintak maap kerana menyakitkan ati mu. ;'(

kERePEk uBi



(kerepek ubi yang pedas)



Seperti yang tertera di atas, kerepek ubi sedap giler.
pedas dan tidak pedas (tak la pedas sangt)...
di jual dengan harga RM 4.50 bagi semenanjung Malaysia,
manakala RM 10.00 bagi Sabah dan Sarawak. akakaka...
tada lah, di usm jew..
penghantaran percuma.
call ja... jgn duk wat main msj sudah.
org nk berniaga 2..
bukan nk mengurat.hehehe (dah ada awek)

Bagi permintaan di luar RST bayaran tambahan memang tidak dikenakan,
tetapi, mesti kena ada tetapi..
kalau anda berada di Cahaya Gemilang dan hanya mahu membeli 1 bungkus,
cam tak memadai la..
kurang2 pn 2 bungkus, ;p
kumpul2 dulu, pakat ngan kawan ramai2 pas 2 baru kol keh. hehehe..

sy dah cuba, meeeemang sedap' anda bila lagi?? ^_^


*iklan kerepek ini sah untuk sidang 08/09 sahaja. harap maklum
*siapa cepat dia dapat.
*kerepek Limited.

Sunday, April 12, 2009

cerita 3 - Cerita sal si Seman

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

" Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang. .."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.


Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.



"Jais... Jais..."


Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooo oooooooooooooooo oooooooooooooooo oooong... "

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Sekian Terima Kasih..

Moralnya: Buatlah kebaikan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...