Hehe.. tak tipu....memang bebetol best..
kalo sesape yg belum tgk lagi 2 p la tgk cepat2...
tak nyesal punya.... ^^

Satu Hari yg Bosan.
1990. Daihatsu Mira L200 TR-XX dgn nadi penggerak JF-EL 3 Piston , 12 Injap , SOHC dan bantuan Turbocharge Intercooler berjaya menghasilkan 69bhp.
1992. Daihatsu Mira L200s Avanzato-R dikeluarkan dgn bodykit yg lebih cantik daripada mira sebelumnya. Masih menggunakan nadi penggerak yg sama tetapi dilengkapi dgn brake disc depan yg lebeh besar. Turbinnya juga telah dipertingkatkan utk menjamin top end. Bahagian dalaman diperkemaskan dan diganti dgn aksesori yg lebih menarik. Casis kereta ini telah dijadikan panduan pada syarikat perodua untuk menghasilkan Perodua Kancil.
1994. Daihatsu Mira L502 TR-XX dikeluarkan dgn casis baru yg agak berbeza dgn lampu depan dan belakang yg berbeza drpd mira yg lama . bahagian dalamannya dipertingkatkan dgn aksesori yg lebih mewah . kereta ini menggunakan nadi pengerak JB-DE 4 Piston , 16 injap , DOHC dgn turbocharge intercooler yg lebih besar yg masih menghasilkan 69bhp tetapi respon enjin pada low end lebih cepat dan top end yg lebih lancar . Dilengkapi dgn brake disc yg lebih besar pada keempat-empat rodanya.
1995. Daihatsu Mira L502s Avanzato-R4 dikeluarkan dan dilengkapi dgn sistem pacuan empat roda.
1999. Daihatsu Mira L700 Coure dikeluarkan dgn casis yg lebih besar serta keselamatan yg lebih baik . Terdpt Dua model iaitu TR dan TX . TR adalah model 4 pintu dan dijana dgn enjin EJ-FE tanpa bantuan turbo tetapi memiliki enjin 1000cc. Manakala model TX adalah model 2 pintu yg dijana dgn enjin EJ-DE dgn turbo dan kapasiti sebanyak 660cc.
2001. Daihatsu Mira L512 TR-XX dikeluarkan dan dilengkapi dgn bumper depan dan belakang yg lebih menarik . Lampunya hadapannya diperbuat daripada kristal . Bahagian dalaman dihasilkan lebih cenderung kepada kereta sport mewah .
2002. Daihatsu Mira L512 Avanzato-R4 dikeluarkan dan dilengkapi dgn pacuan empat roda. 
